Aku serta penghuni bilik ,adik kesayanganku serta buah hati bangun awal 5.30 pagi,ketika aku solat subuh ,manakala buah hati sibok dengan mengosok bajunya diluar bilik.Sementara menunggu yang lain bersiap aku serta adik kesayangan sempat mengambil gambar di luar bilik.Cantik keadaan disini ketika subuh.Daun-daun mula berguguran.Setelah puas mengambil gambar aku terus kebilik anakku melihat adakah cucu ku sudah siap almaklumlah kanak -kanak. Sementara menunggu Van shuttle sampai kami sibok dengan mengambil gambar untuk dijadikan kenangan.Kami check out dari Kiwi Hotel pukul 9.30 pagi menuju ke lapangan terbang domestic untuk ke Queenstown.
Didalam perjalanan ke Lapangan terbang melalui kawasan penindustrian .Kawasan persekitarannya amatlah bersih.Kelihatan dauan-daun mula berguguran.
Sampai saja di lapangan terbang terus check in kepintu 23 dengan menggunakkan kidmat pesawat Jetstar.Sementara menunggu kami sempat lagi membeli hot choklat NZD4.80.Sedap.
Didalam pesawat,aku duduk di seat 24E, kami dihidang dengan hot choklat serta muffin bagi yang ada baucer.Agak janggal pada aku bila melihat pramugarinya berbadan gempal berbangsa maori dengan memakai cerminmata. Bagitu teruja dengan hot choklatnya amatlah sedap.
Apabila kekenyangan dan mula merasa boring ,aku mula melihat diluar jendela pesawat kelihatan awan yang bagitu cantik sesekali kelihatan tiada tompokkan awan, biru saja langitnya .Sesekali kelihatan awan terbahagi kepada dua,bergaris diantara biru dan putih bagitu menakjupnya sekali.Ya Allah besarnya kekuasaanmu Ya Allah.
Kelihatan gunung ganang yang memutih diliputi salji dari atas,bagitu cantik sekali.Ini dapat dilihat bila pesawat hampir kedestinasi.Apabila sampai dan turun dari pesawat kedinginan mulai terasa,kami terus ke balai ketibaan.Buah hati biasalah terus ke pengambilan bagasi manakala anak menantu sibuk dengan urusan sewa kereta.Sementara menunggu kereta sewa kami semua mengambil kesempatan dengan berfoto-foto.Kami semua menaiki teksi manakala anakku memuatkan bagasi didalam kereta sewanya.Kami ke Gleede Apartment.Sepanjang perjalanan ke Apartment kelihatan pokok-pokok dah mula luruh daun-daunnya.
Diapartment kelihatan bagitu selesa,kelengkapannya memuaskan dengan dapor dilengkapi dengan mesin pengering pinggan mangkok hingga ke bilik air dengan adanya pengering lantai dan juga pemanas tuala.Yang menarik bagiku ialah bila sink tersumbat ada peralatan yang mengisar dan alat memperbaiki yang tersumbat itu.
Ketika tiba diapartment sudah agak petang dengan hujan renyai-renyai.Perut mulalah berbunyi.Kami pun beramai -ramai keluar kebandai Queenstown dengan berjalan kaki.Suhu ketika itu 10c.Terdapat banyak kedai sudah tutup sebab sudah petang.Kelihatan bandarnya amat bersih.Kami menuju ke Erick fish and chip.Disitu buah hati memesan fish &chip,sotong. Sotongnya besar dan lembut.Setelah makan kami terus balik ke Apartment berehat.
Malamhari anakku Faiz dan menantuku puya telah keluar ke pasarraya untuk membeli barang-barang dapor. Kami memasak dan makan malam diapartment.Kami kepenatan tapi hati senang kerana besoknya kami akan ke Mount Cook.
No comments:
Post a Comment