Hari terakhir di New Zealand.Penerbangan kami pulang ke Malaysia disebelah malam.Jadi masih ada peluang lagi kami melihat keindahan bumi New Zealand.Pagi -pagi lagi kami telah bangun.Rancangan di beritahu oleh teman anak membawa kami semua ke Piha.Kami mengemas barang -barang kedalam bagasi supaya senang kalau kami lewat balik barang semuanya telah siap
Perjalanan ke Piha mengambil masa satu jam.laluian kesana melalui jalan lereng bukit.Kelihatan rumah -rumah disana rumah papan yang modern bentuknya dicelah -celah bukit.Melalui dikiri bukit manakala disebelah kanannya kelihatan laut yang luas terbentang.Kelihatan Lion's rock dari jauh mengadap kelaut.Kami singgah sebentar di tandas awam disana.Pada mulanya bila melihat keadaan dari luar tandas ini mestilah kotor.Sangkaan aku meleset. Tandas yang bersih serta unik bentuknya.Terdapat cafe disitu.Di Adey's cafe kami makan potato chip serta minum hot choklat.
Cuaca disini tidak menentu,seketika panas dan kemudian menjadi mendung serta anginnya yang bertiup bagitu kuat sekali.Yang uniknya di Piha ini pasirnya yang hitam.Kami mengambil kesempatan bergambar disini walaupun ketika itu hujan renyai serta angin bertiup dengan kencangnya.YaAllah sungguh indah ciptaan mu .

Disini kami minum hot choklat serta makan potato chip di Adey's.

Pemandangan kelihatan dicelah -celah bulit kelihatan deretan rumah yang ada diperbuat daripada kayu dalam bentuk yang unik dan modern.

Dibumi Piha kami pijak pasir hitam

Tandas awam yang bersih serta unik bentuknya

Duit NZD yang kami gunakan disana.
Kami ke international Airport dihantar oleh Cik Fahmi.Segala urusan di Airport berjalan dengan teratur.Kami masih sempat lagi makan -makan di Airport ni.Walaupun didalam penerbangan terdapat juga gegaran tapi tidaklah bagitu kuat.Alhamdulilah syukur segalanya dipermudahkan.Kami tiba diKlia dengan selamatnya.Daripadaapa yang aku dapat pelajari dan lihat semasa di New Zealand dulu selain dari pemandangan yang bagitu hebat dari satu daerah ke satu daerah.
1)Kebersihan yang terbaik..Itu adalah amalan serta budaya mereka yang peka kepada kebersihan terutamanya tandas awam.Tiada tisu bersepah dilantai.Sampah dijalanan tiada kelihatan hanya daun daun yan luruh.
2)Cara jualan barangan di gerai ditepi jalan yang menggunakkan kepercayaan pembeli tanpa penjual tunggu digerai tersebut.
3)Di pasaraya disini terdapat barang -barang jualan menggunakkan sistem bungkus sendiri barangan dan menomborkan kod pada bungusan tersebut.Sistem digital tanda barang pada setiap jenis barangan.
4)Disini tiada lagi pecemaran udara,kelihatan bersih serta segar.Kelihatan dipinggir -pinggir bandar rumah -rumah diperbuat daripada papan yang cantik.
5)Kedai-kedai terdapat dibandar bersih serta penjualnya bagitu mesra.
6)Bersyukur sangat -sangat diberi peluang dapat melihat kebesaran mu Ya Allah.
Banyak lagi tempat -tempat yang menarik di New Zealand ini yang tak sempat dikunjungi walau bagaimana pun itu sudah rasa puas dan gembira serta bersyukur dapat melihat negara orang.Terima kasih kepada buah hati,Puya menantu yang beria -ia mengajak ibu serta auntie turut serta didalam rombongan ini.Terima kasih kepada anak ibu Faiz yang jadi pemandu kami disana.Haaà.Terutama Rafa penghibur kita semua disana.Satu percutian yang mengembirakan.