Thursday, 27 November 2014

Secubit rasa dan secebis sayang Selamat Menyambut Hari Lahir ke 66.

Hari ini usia mu bertambah.
Kematangan mu makin meningkat.
Kesihatan  alhamdulilah sihat.
Bersyukur pada ilahi.

Didalam menuju usia mu mencecah 66 tahun iaitu usia emas.Apa yang telah anda lakukan suami ku?Hampir 40 tahun usia perkahwinan kita jarang disambut oleh keluarga kadangkala anda bertugas dan kadangkala anak-anak pula sibuk.Walau bagaimana pun ucapan dari kami tetap kami utarakan. Makin bertambah setelah bercucu.Ucapan dan nyayian dari cucu-cuculah yang paling mengembirakan anda.

Sebagai sorang suami anda seorang yang tegas didalam membuat keputusan tapi kadangkala jiwa mu bagitu sensitif.Bersyukur pada ilahi anda dijadikan suami dunia dan akhirat buat saya.Kehidupan kita bertambah ceria dengan kehadiran  empat cahayamata.Mereka ini didisiplinkan dan dididik degan cara anda.Kadangkala anak-anak kita akan mengatakan "bapak kita garang woo".Tapi jauh disudut hati kamu amat menyayangi mereka.Dulu anda menyayangi mereka tapi kini tibalah pula kamu minta sayangi. Anda telah berjaya membina empayar"Wan family" dengan saling hormat menghormati dan menyayangi sesama mereka.

Diusia mu ini dikelilingi oleh dikelilingi oleh anak-anak,menantu-menantu serta cucu-cucu yang comel-comel.Alhamdulilah dipanjang syukur pada ilahi kerana mereka sentiasa mekar dengan kasih sayang.

Kalau dulu berkerja kini dah bersara.
Kalau dulu subuh dah kepejabat tapi kini kemasjid.
Kalau dulu dipanggil tuan kini senang dengan panggilan pak wan.
Kalau dulu ada pemandu tapi kini sendiri pandu.
Kalau dulu dipanggil ayah kini bertambah panggilan tok bon.
Kalau dulu disayangi tapi kini bertambah kasih dan sayang.

Ucapan dari anak-anak dan menantu"Selamat hari jadi ayah.Terima kasih menjadi ayah kami.Semuga ayah sihat sentiasa".

Ucapan dan kata kata cucu-cucu "Selamat hari jadi bon .Happy b'day

Ucapan dan doa dari seorang isteri.
"Selamat menyambut hari lahir. Syukur anda didalam sihat serta panjang umur .

"Ya Allah  ,Ya tuhan ku sihatkan ia dan panjangkan umurnya dalam mencari keredha mu didalam beribadat dan mencari ilmu akhirat."

Selamat menyambut hari lahir ke 66 Che Wan Chik.

Wednesday, 19 November 2014

KE NEGERI SEMBILAN.

  Kemarin pergi ke Seremban terus ke Kuala Pilah bersama -sama permata hati dan cik abang diajak oleh bakal menantu untuk mencari barang hantarannya.Amir bakal menantu ditemani oleh ibu bapanya.Didalam perjalanan ke Kuala Pilah terdapat kawasan dan rumah-rumah yang masih kekal tradisionalnya.  Cantik sekali pada pandangan aku. Rumah berbentuk minangkabau.Ada sedikit kesamaannya dengan rumah di melaka tetapi  rumah di Melaka tertumpu pada tangganya yang unik.

Rumahnya memanjang dan tidak tinggi, bumbungnya melentik keatas. Berdindingkan papan.Cantik dan rare

Kami semua ke bandar Kuala Pilah masih ada lagi bangunan lama.Kedai kopinya masih menggunakan meja dan kerusi zaman 60an. Walaupun agak usang pada mata aku ia masih kukuh.Cantik masih seperti  zaman dahulu lagi tidak berubah.Kedai kedainya malap tidak banyak menggunakan lampu.

Kami kekedai emas.Kedainya pun masih tidak nampak berubahan dari bentuk kedai masih menggunakan pintu tarik besi dan terbuka.Tidak ada anggota keselamata.Hanya terdapat buku lawatan polis.

Dari sepintu kesepintu aku berjalan, kedai kedai disitu masih fesyen lama tidak mengikut peredaran zaman.

Ada juga terdapat bangunan baru tapi aku lebih suka berjalan dilorong lorong kedai yang lama.Hampir Satu jam disitu.Semasa perjalanan balik aku masih lagi cuba mengambil gambar bentuk rumah rumah  yang kaya dengan adat pepatih.



Thursday, 13 November 2014

Oo CuCu KU HANAN(siri 2)

Hanan menunjukkan kepada ku buku latihan.Aku mulai dengan bahasa melayu kerana ujian hari petamanya ialah bahasa melayu,matematik dan tulisan jawi.Mulai dengan  ejaan yang betul didalam bahasa melayu. Ayat majmuk,penyambong ayat diikuti dengan karangan pendek.Aku lihat ia dapat menguasainya dengan baik,mungkin disebabkan ia hari-hari menghantar whatsapp 'wan family', Aku lihat dia bagitu bersemangat untuk membuat latihan tubi.Apa yang aku lihat sekarang  agak tinggi pelajarannya dibanding dengan aku mengajar anak-anakku  dulu. Diikuti pula dengan matematik, ada tiga empat buah buku latihan matematik diletakkan dihadapan ku .Aku mulai dengan tambah,tolak dan bundarkan.Ia dapat memguasainya walaupun adakalanya ia cuai kerana nak cepat mengira.Diikuti dengan kiraan wang,bentuk rajah.Tiba-tiba di berenti seketika,aku ingatkan dia letih.tapi ia mula menceritakan kapada ku masa  kiraan wang dulu ia tidak hadir kesekolah kerana demam.Didalam kelas ia tidak dapat menguasai jadi dia telah berjumpa guru matematiknya itu dengan meminta jasa baik gurunya mengajarnya bila gurunya itu ada kelapangan .Akhirnya semasa rehat gurunya memanggilnya kebilik guru dan mengajarnya.Terima kasih kepada guru berkenaan kerana keperihatinnanya.Aku tersentap bagitu semangatnya dia untuk belajar.

Diikuti dengan mata pelajaran dunia sains dan teknoloji.Aku menunjukkan kepadanya apa yang ada disekeliling rumahnya. Pokok-pokok,daun -daun.Ia bagitu terhebor dengan cara kami mengajar.Didapor aku tunjukan kepadanya apa yang  masam,manis,pahit .Barang yang ringan ,berat.Itulah cara supaya cucu ku tidak bosan belajar.

Ujian untuk lukisan .Ia melukis rumah kampong.Cantik.Ada bakat melukis.

Pengajian islam bila ku lihat bukunya agak susah  bagi kanak -kanak seusianya.Rukun iman,mana yang rukun dan sunat didalam mengambil air sembayang,Ucapan lailahailaallah diucap bila ketikanya serta sirah nabi serta letak tempat yang betul ayat-ayat quran. Mengeluh aku seketika.Ya Allah. Sekecil ini anak-anak telah diajar dengan ilmu ugama yang mendalam.

Hari ujian akhir tahun ini telah pun bermula .Cucu ku pergi kesekolah dengan hati yang lapang menduduki peperiksaan akhir tahun.Semoga berjaya.


Wednesday, 12 November 2014

OH CuCu KU HANAN.

Bertapa bahagia bergelar seorang nenek.Aku lebih senang dengan panggilan mak tok.Cucu sulong ku Hanan panggilan manjanya.Masa berlalu bagitu pantas. Cucu ku  membesar dan akhirnya memasoki alam persekolahan. Mula masok sekolah aku ,tok bon(panggilan buat atoknya).Khalif serta besan ku telah menghantarnya kesekolah. Kini hampir dipenghujung tahun persekolahannya didarjah satu.

Pada suatu petang Hanan telah menelefon ku dengan menyatakan ia akan menghadapi peperiksaan akhir tahun. Kami suami isteri telah pergi ke Sungai Petani untuk memberi sokongan kepadanya.

Setelah makan malam Hanan telah menunjukkan jadual peperiksaannya kepada ku. Aku terpegun sejenak melihat kertas jadualnya.Aku bertanya kepadanya berapa mata pelajaran yang diambilnya. Dilihat pada jadualnya ada 10 mata pelajaran iaitu bahasa melayu pemahaman,matemetik,pelajaran jawi,pendidikan islam,bahasa inggeris,dunia muzik,dst,dsv,pk dan pj. Aku mula tertanya tanya  apa itu dst,dsv,pk dan pj. Hanan menerangkan dst iaitu dunia sains dan teknologi,dsv ialah dunia seni visual.pk adalah pendidikan kesihatan dan pj adalah pendidikan jasmani. Ya Allah banyaknya ujian mata pelajaran yang diambil . Mampukan cucu ku yang berusia 7 tahun ini menghafal semua mata pelajaran . Katanya lagi kerana dia berada di kelas 1 Arif dikenakan tambah 2 lagi mata pelajaran iaitu bahasa Arab dan bahasa cina. Kesemuanya 12 mata pelajaran.

Bila aku terangkan kepada tok bon bahawa cucunya akan mengambil ujian akhir tahun 12 mata pelajaran bonnya terkejut. Banyaknya!boleh ke Hanan menjawabnya. Bon terus kebilik cucunya melihat dan menanyakan akan cucunya itu.Dari jauh aku dengar ia memberi kata kata semangat untuk cucunya itu.

Bon mula melihat buku latihan cucunya sambil ia menyuruh aku mengajar cucunya itu kerana bon tahu semasa anak anak kami kecil dulu akulah guru mereka sekembalinya dari sekolah.Latihan pasti aku berikan kepada anak anakku hingga mereka memasoki sekolah menengah. Tapi yang mengejutkan pelajaran kini terlalu tinggi untuk kanak kanak seusia itu. Yang mengheran mata pelajaran seperti pendidikan moral tidak serapkan didalam pelajaran hari ni.


Tuesday, 4 November 2014

IMPIAN SEORANG CUCU

Hampir satu minggu aku berada di Sungai Petani dirumah anak kerana cucu sulongku Hanan menghadiri peperiksaan akhir tahun.Setiap hari kami menghantar dan  mengambilnya dari sekolah bersama cucuku seorang lagi iaitu Khalif yang suka membahasakan dirinya deq deq. Setiap kali lalu di Ibu Pejabat Polis dia akan bertanya kepada atoknya yang dia senang dengan panggilan Bon bila lagi kita nak pergi sign surat kebenaran untuk naik di atas jengkaut.Sepanjang jalan pergi dan balik dari sekolah ia akan menceritakan akan kehebatan jengkaut yang dia lebih suka panggilan kren .

Katanya kren ini hebat sebab dia mahal duduk je ditempat kawasan perumahan yang baru nak dibina tak keluar dijalan raya.Ia angkat semua yang berat berat. Warna kren cantik dengan warna kuning.Itulah kata-katanya kepada kami setiap hari.Akhirnya kami bertanya kepada anak ku Hairi apa sebenarnya   deq deq  dengan kren sebab dia kata babah  tak nak tolongnya pergi ke balai polis untuk mendapat tanda tangan polis.   Anak ku menceritakan bahawa kren( kren mainannya) yang ada dirumah ini tak boleh keluar dari kawasan rumah sebelum mendapat kebenaran pihak polis diserta dengan surat kelulusan.  Perlu menulis surat kepada polis untuk mendapat tanda tangan. Sebab tu dia minta babahnya ke balai polis untuk mendapat tanda tangan polis tapi tidak diindahkanya. Selepas makan malam tiba tiba ia keluar dari bilik kakaknya Hanan dengan membawa sekeping surat dan sebatang pensil. Ia meminta bon menulis surat kebenaran itu. Dengan senang hati bon menulis.Dengan bagitu senang hati ia membawa surat itu kesana kemari.

Pagi pagi lagi deq deq telah bangun ketika kami solat subuh. Bila ditanya kenapa awal sangat bangun.Katanya
ia takut tak terjaga bila kami menghantar kakaknya kesekolah kerana hujan lebat. Setelah menghantar Hanan kesekolah bon terus memandu menuju ke balai polis komuniti yang berhampiran dengan rumah,malangnya pintu pagar itu tutup .Dipintu pagar itu tertulis .Anggota bertugas beronda. Bila diberitahu kepadanya kelihatan mukanya agak kechewa,tapi bon berjanji selepas mengambil kakaknya nanti akan ke balai polis.

Sekembalinya kerumah deq deq menyuruh aku whatsapp 'wan family' menyatakan ia dan bon akan kebalai polis untuk mendapat tanda tangan serta menyuruh aku menghantar  gambar surat itu .Dia menyuruh aku membacanya balik apa yang aku tulis dan dia tengok ada tak gambar surat tu dalam whatsapp tu.Setelah mengambil  Hanan, bon terus  memandu menuju ke balai polis trafik di tengah bandar Sungai Petani . Dia dan bon memasoki  balai tersebut,sementara dia suruh aku dan kakaknya tunggu didalam kereta.Dari kereta aku lihat deq deq dan bon telah dibawa oleh anggota polis trafik kedalam sebuah  bilik. Kelihatan dua tiga orang anggota trafik yang ada disitu ketawa.Agak lama juga dia didalam bilik itu. Apabila dia keluar dari bilik itu dari jauh dia menunjuk ibu jari tanda baik kepada aku.

Sampai dikereta dia menceritakan bagaimana dia berjumpa dengan pegawai polis itu. Katanya polis itu menanyakan beberapa soalan semunya dijawab. Tapi yang menarik setelah pegawai itu sign surat itu deq deq dengan pantas mengatakan terima kasih tuan.Dia bagitu gembira sekali.Didalam perjalanan balik dia asyik memegang kertas tu.Tiba tiba ia memegang tangan bonnya  erat erat dengan mengucap terima kasih. Jiwa aku tersentuh bertapa impian seseorang itu perlu ditunaikan walaupun hanya kanak kanak.

Sekembali kerumah ia dengan gembiranya menceritakan apa yang berlaku pada babah dan mammynya.
Anak ku terdiam seketika melihat akan keletah anaknya yang pada mulanya anakku hanya bercakap agar tidak membawa apa apa permainannya keluar pada rumah tapi terjadi sebalik. Lain kali berhati hati bila menerangkan sesuatu pekara.Kini cucu ku sudah senang hati impiannya sudah tercapai.