Thursday, 27 October 2016

Bedah buku.Musa vs Firaun.(hari ke 2)

Pagi-pagi lagi aku telah sampai didewan serbaguna Masjid  Wilayah Persekutuan kelihatan sudah ramai yang hadir.Setelah mendaftar terus ke dewan untuk sarapan pagi.Majlis dimulai agak lewat pukul 9 pagi.

Penceramah terus memulakan pembentangan hari ini dengan mengatakan bahawa Nabi Musa dengan Nabi Muhammad ada persamaan dengan solat.DiMiqrah Nabi Musa mempengarohi Nabi Muhammad mengenai solat.Umatnya boleh melakukan solat tapi umat Nabi Muhammad s.w.t agak sukar dengan meminta diringankan kepada lima.Akhirnya Allah memperkenanan solat lima kali sehari. Penceramah mengingatkan kembali tentang  mukjizah Nabi Musa mengenai tongkatnya yang boleh mematahkan sihir ahli sihir Firaun.Ahli sihir beriman dan dihukum bunuh.Penasihat Firaun serta isterinya beriman ,bagitu juga Asiah isteri Firaun beriman.

Firaun bangga dengan emas manakala Qarun orang kanannya yang banyak harta merangkap bapa saudara Musa.Selain berpihak kepada  Firaun,Qarun ibarat cemeti kepada Firaun untuk orang-orang Israel.Kuncinya dibawa oleh sepuluh orang yang memegangnya .Ini menunjukkan bertapa besarnya gedong kekayaannya.Dia menghimpun kekayaan daripada keringat orang-orang Israel.Qarun ingkar kepada Musa dan kufur kepada nikmat dan anugerah Allah s.w.t. Maka,diturunkan keatasnya azab dunia yang dahsyat.Qarun binasa ditelan bumi bersama rumah dan seluruh kekayaannya.

Musa menyiapkan orang -orang Israel terutama orang -orang yang tersisa daripada keturunan Yaakub untuk sebuah perjalanan yang jauh  dan berat mengikuti arah matahari terbit menuju tanah suci di Palestin. Keluarnya orang-orang Israel dari negeri Mesir adalah peristiwa penting dalam sejarah.Musa memimpin kurang lebih 6000 orang.Persiapan memulakan perjalanan berlangsung empat hari kerana mereka ini tinggal jauh dalam kelompok diwilayah Gosyen yang luas.

Pada hari ke10 orang-orang Israel tiba dikawasan pertemuaan Danau Murra Besar dan Danau Murra kecil .Dari jauh kelihatan tentera-tentera Firaun yang bersenjata lengkap mengejari mereka.Orang-orang Israel panik serta takut.Musa menenangkan mereka dan mengatakan:
"Tidak sesungguhnya Tuhan pemeliharaku bersamaku.Dia akan memberiku petunjuk jalan keselamatan".
(Surah asy syuara ayat 62)

Akhirnya dengan kekuasaan Allah dengan menunjukkan tongkatnya kelaut dalam sekelip mata laut terbelah.Itu adalah mukjizat Allah s.w.t demi menyelamatkan orang -orang Israel.Firaun menyuruh orangnya melintas dahulu apabila tahu selamat ,Firaun mengikuti jalan itu bersama dengan tenteranya .Dengan tidak disangka -sangka air laut berhenti terbelah dua dan akhirnya menenggelamkan mereka tanpa ada seorang pun yang selamat termasuk Firaun.
"Apabila Firaun hampir mati tenggelam dia berkata"Aku percaya tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israel dan aku termasuk orang -orang Muslim".
(Surah yunus 90).
Tetapi,Allah s.w.t  tidak mahu menerima pengakuan iman dalam keadaan terpaksa.Dikatakan besar kemungkinan Jibrail telah menutup mulut Firaun dengan tanah bila sebut Allah mengikut Ibnu Abbas,bila Allah tenggelamkan Firaun ,Jibrail menutup mulut Firaun bila menyebut 'illah' memasukkan pasir kedalam mulut Firaun takut dapat rahmat Allah.Jibrail tak menyetahui adakah Allah Taala menyatakan Firaun ketua pada penghuni neraka.Bimbangannya akan dapat rahmat.Jibrail risau mungkin rahmat jatuh kepada Firaun.                    "Kepada merela diperlihatkan neraka,pada pagi dan petang,dan pada hari kiamat.(lalu kepada malaikat diperintahkan),"Masukkanlah Firaun dan kaumnya kedalam azab  yang sangat keras!".                           (surahGafir 40:46)                                  

Surah 26: 23 hingga 63)ustaz menerang panjang lebar mengenai Firaun.Dalam masa yang sama ustaz menyatakan dan menasihakan kita agar banyak berdoa. 

.Seorang tentera yang terselamat memberitahu Haman dan jasadnya dirawat mengikut proses lazim dilakukan kepada raja -raja Mesir yang mati.

Selepas berjaya menyeberangi laut dan menuju ke Sinai.Dua hari dalam perjalanan ke Gurun Sinai,orang -orang Israel mendapati sekelompok warga Mesir sedang melakukan pemujaan kepada tuhan Hathor. Penyembahan tuhan lembu betina.Inimenyemarakkan kembali kepercayaan ter sembunyi orang -orang Israel ini belum sepenuhnya beriman Tiga hari mereka berjalan dipadang pasir dengan tidak dapat ketemu air sehingga sampai ke Mara tapi mereka tidak meminumnya kerana rasanya pahit.Dari Mara mereka bergerak ke padang Gurun sin kawasan yang tandusKetika Musa memohon air untuk kaumnya,dengan memukul tongkatnya  pada batu gunung sebagaimana perintah Allah s.w.t secara tiba-tiba 12 mata air memancar untuk satu kabilah orang-orang Israel itu. Walau bagaimana pun Musa menghadapi dugaan dengan kaumnya.                           Surah al-araf 7:138) 

Meminta Nabi Musa menyediakkan patung untuk mereka sembah.Berhala bagi mereka adalah perantaraan dengan Allah.(surah al-araf 7:141)              Mengikut Samiri menyembah berhala iaitu lembu betina yang disadur emas.               

Sebelum majlis berehat satu slik telah ditayangkan tentang Laut Merah terbelah dua.

Thursday, 13 October 2016

Bedah buku .Musa vs Firaun.

Program bedah buku.

Setelah solat subuh,aku bersiap -siap untuk pergi ke Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk menghadiri program bedah buku mengenai Musa vs Firaun.Pendaftaran bermula pukul lapan pagi.Buku Musa vs Firaun diberi secara percuma kepada hadirin.Majlis ini telah dirasmikan oleh Iman Masjid Wilayah persekutuan.

Majlis ini berjalan dengan lancarnya dengan adanya penceramah yang hebat oleh Ustaz Muhammad Syaari Abdul Rahman. 

Bermulalah hujah dengan bertanya kepada hadirin "Siapa itu Musa ?

Dikatakan didalam al-quran 1/3 cerita zaman dahulu /lampau.Didalamnya tiada surah Musa,

Menceritakan tentang detik Nabi Musa dilahirkan didalam surah Al-qasas.Para peramal menyampaikan kepada Firaun berkenaan kelahiran seorang bayi lelaki daripada keturunan Israel akan menumbangkan kekuasaanya.Ramalan itu membuatnya takut dengan itu dikeluarkan perintah supaya setiap bayi lelaki yang lahir dari wanita israel dibunuh.Namun dia sendiri memungut bayi lelaki dari dalam peti yang terapung pada permukaan air Sungai Nil atas permintaan permasuri Isinofre.Nabi Musa disusui oleh bondanya sendiri dengan kebijaksanan kakaknya Mariam yang mberanikan diri ke istana dan memberitahu kepada permasuri dia kenal seorang wanita ibrani yang baik hati dan mahu menyusui bayi iaitu Nabi Musa.

Nabi Musa membesar didalam istana Firaun.Satu hari didalam upacara keagamaan diadakan di kota Ramasse.Didalam keramaian itu Nabi Musa bertemu dengan dua lelaki yang sedang bertengkar.Seorang darinya meminta tolong daripada Musa.Musa memukul orang mesir itu mati tanpa sengaja.Akibat peristiwa itu Musa dihantui ketakutan akhirnya melarikan diri ke MADYAN.


Ketika tiba di Maryan ,Musa berehat dibawah pokok. Tidak jauh darinya ada sebuah telaga.Dari jauh,Musa melihat dua anak gadis menahan kambing-kambing mereka tidak mendekati telaga kerana ramai yang beratur bagi mengambil air.Musa telah membantu kedua gadis itu.Setelah siap menolong ,dia kembali berehat.Tiba-tiba datang salah seorang gadis ditolongnya menjemput datang kerumah atas jemputan ayahnya.Akhirnya Rehuel (ayah gadis itu) iaitu Zipora telah dikahwinkan dengan Musa dengan  mahar upahnya dengan mengembala kambing miliknya selama lapan tahun,digenapkannya menjadi 10 tahun sebagai budi baik Musa.

Musa bermukim di Madyan selama 10 tahun.Musa dianugerahkan 2 orang anak lelaki bernama Gersom dan Eliazer.Apabila tempoh perjanjiannya tamat Musa memohon kepada Rehuel untuk kembali ke kampong halamannya Mesir.Didalam perjalanan ketika malam,obornya terpadam,Musa nampak cahaya.Musa menaiki gunung kedengaran suara menyuruhnya menanggalkan seliparnya.Musa diselimuti ketakutan ketika baginda menyakini yang berbicara kepadanya adalah Allah.Dalam konteks ini,Tuhan memperkenalkan dirinya kepada Musa dengan nama Allah s.w.t.Penyebutan nama Allah s.w.t mengandongi makna "Aku adalah Allah yang berhak memerintah dan melarang".Selepas memperkenalkan dirinya ,ajaran pertama diturunkan oleh Allah kepada Musa adalah menyembahNya.Ia termasuk dalam kalimah Sembahlah aku.Dengan ungkapan lain melaksanakan segala yang disuruh dan meninggal yang dilarang.

TOngkat Nabi Musa memainkan peranan penting dalam perjalanan hidup dan perjuangannya sebagai rasul selepas wahyu diturunkan di Sunai.Tongkat yang ada didalam genggaman tangan Musa mendatangkan pelbagai keajaiban  seperti tongkat itu bertukar menjadi ular yang besar.Seperti didalam surah Taha ayat 19 hingga 21.

Lemparkan ia wahai Musa.lalu Musa melemparkan tongkatnya.Maka serta merta ia menjadi seekor ular yang merayap dengan cepat.Dia berkata," Ambillah ia,ular itu dan jangan takut .Kami akan mengembalikannya kepada keadaan asal (menjadi tongkat)

Tuhan yang Maha Kuasa memerintahka  Musa bagi memasukkan tangannya melalui celah baju. Kemudian menariknya kembali.Lalu tapak tangannya memancarkan cahaya umpama sepihan bulan purnama.

Musa telah kembali ke Mesir dibantu oleh abangnya Nabi Harun atas pemintaan. Nabi Musa berdepan dengan Firaun meminta agar dirinya fasih bersuara dikatakan Musa gagap kerana makan api ketika kecil dahulu serta membantunya mengingati oleh Allah.Ini terdapat didalam alquran Nabi Musa berdoa dalam surah toha ayat 25 hingga28.

Musa bertemu Firaun yang mengangkat dirinya Tuhan.Perdepatan telah berlaku diantara Musa dengan Firaun.Nabi Musa berkata "Dulu aku takut ,lari .Sekarang aku datang ,aku mari".

Perdepatan tidak berakhir disitu ,malah perdebatan kali ke 2 diadakan secara terbuka.Ini dihadiri dikhalayak ramai,mereka hadir sebagai saksi.Firaun mengundang ahli sihir terpandai disetiap penjuru kota diMesir.Pada hari yang dijanjikan .Disatu sisi ahli sihir Firaun membentuk barisan dan dibelakangnya penduduk negeri Mesir dalam jumlah yang banyak .Manakala Musa dan Harun dibelakangnya orang-orang Israel.

Ahli sihir Firaun meminta mereka dahulu mempertontonkan kebolehan mereka,kemudian dengan kuasa Allah tongkat Musa menjelma menjadi ular menelan ular ahli sihir Firaun.Ahli sihir Firaun kalah.dan mereka pula berpihak kepada Nabi Musa.Mereka sujud kepada Musa beriman kepda Allah.Turut beriman adalah penasihat Firaun serta isterinya.Dimaklumkan kepada Aisyah ,ia turut beriman.

Hari telah petang ,bedah buku disambong keesokkan harinya dengan tengelamnya Firaun .Terbelahnya laut Merah.