Hari ini hari terakhir di Ho Chin Minh.Pagi-pagi selepas solat subuh mengemas segala barang kedalam beg.Ooo pening banyaknya. Sambil mengemas minum milo serta biskut takut gastrik.
Adik ku mengajak aku pergi membeli lagi . Aku,cik abang,adik ku serta permata hati saja yang pergi. Buah hati tinggal di hotel mengemas. Keluar saja dari hotel kelihatan penjaja bebas menjual dikaki lima. Ada yang jual makanan dengan meletakkan meja dan kerusi.Kerusi dan mejanya rendah.Ada yang menjual kasut,penutup mulut dan pelbagai jualan.Kami kekedai cik Sulaiman untuk mengambil helmet yang dijanjikan tapi kedainya tutup. Helmet di Vietnam ini ringan dan cantik bentuknya. DiMalaysia helmet ini tidak lulus rasanya oleh pihak berkuasa dari ciri keselamatan.Kami ingin membelinya di Ben Thant Market tapi tidak ada gerai yang menjualnya hanya kelihatan menjual penutup mulut pelbagai corak dan warna. Cantik dan kemas jahitanya.Disini kenderaan utama mereka ialah motorsikal. Penunggang motorsikal memakai penutup mulut,manakala wanita kelihatan lagi menarik dengan memakai penutup mulut dengan kain macam apron menutup peha bagi mengelak panas. Kain ini labuhnya sampai kebuku lali sahaja dan dibelakangnya terbelah. Kami kekedai sebelah ,baju baju disitu cantik. Adik ku membeli baju kurung. Manakala anak ku
mencuba pelbagai jenis baju tetapi tidak menepati cita rasanya.
Kami terus ke Ben Thant Market. Suasana disitu kerana pagi mereka cuba mendapatkan pembeli ,melambai kan tangan mereka serta memujuk untuk untuk membeli barang barang digerai mereka.Rata -rata penjual disitu fasih berbahasa Malaysia. Kami membeli dengan agak tergesa-gesa kerana ingin kembali kehotel mrngemas. Diperjalanan kelihatan ada beca. Bentoknya sungguh unik. Tinggi dan hanya boleh muat seorang sahaja penumpang. Kami tak menaikinya kerana kesuntukan masa. Masalah disini bila kami ingin melintas jalan kena angkat tangan supaya penonggang motorsikal tahu yang kita hendak melintas. Manakala bangunan disini tinggi bagi setiap kedai tidak seperti bandar di Ho Chin Mint baru yang moden ,cantik dan tersusun serta terdapat landskap.
Sekembali kehotel buah hati telah siap mengemas.Van telah sampai untuk bawa kami ke airport.Petugas yang berada dilobby menyucap selamat jalan.Permata hati menghulur tip kepada mereka kerana layanan baik mereka berikan. Boleh dikatakan mereka disini fasih berbahasa malaysia.Diperjalanan kami singgah sebentar di hard rock cafe kerana kedua anak ku ingin membeli tshirt. Sementara menunggu mereka kami sempat lagi bergambar.
Sampai diairport semuanya berjalan dengan lancar kecuali dibahagian imigresen agak ketat dengan warga Malaysia.Semuanya kena diperiksa dengan teliti dirabanya seluruh badan. Manakala kelihatan warga lain tidak pula.Kerana masih banyak masa kami singgah dicafe untuk minum.Kerana adik ku memang meminati kopi.habis air kopi buah hati diminumnya.Haaa.
Penerbangan lewat hampir setengah jam. Gate menunggu ditukarkan dari 17 kepada 9. Dalam kapal terbang semasa penerbangan setelah makan nasi lemak dengan hot chokelat tapi yang mengherankan ada orang vietnam membuka bekalannya memakanya didalam pesawat . Kerana kekeyangan serta ditambah dengan kepenatan kami terlena. Sedar tak sedar kapalterbang mahu mendarat .Tempoh perjalanan 1 jam 50 minit.
Ala mak agak jauh juga menuju kebalai ketibaan. Penatnya kami berjalan. Nasib baik ada buggy. Mungkin dilihatnya kami kepenatan berjalan kami dipelawa naik buggy. Tiada dikenakan bayaran.
Setelah mengambil beg kami disambut oleh anak ku. Kami pulang dengan gembira. Satu percutian yang mengembirakan.