Friday, 27 December 2013

Percutian di Bali(sambongan siri ke 2)

Kami dijamu oleh pegawai disitu dengan dihidang air kopi yang bermacam rasa.Saya cuba hanya perasa vanilla rasanya sedap.Kalau nak rasa kopi luwak kena beli harganya mahal.tidak dijual kepada muslim kerana tak halal.Hari sudah petang kami keletihan tetapi masih lagi boleh singgah diwarung yang menjual cenderahati.

Sepanjang pulang kehotel pemandang diwaktu petang cukup cantik sekali.Setelah solat maghrib saya dan suami bersiar-siar dikedai yang berhampiran dengan hotel,malangnya banyak kedai sudah tutup.Disana kebanyakan kedai tutup awal.Dibilik hotel tidak ada tv rasa macam benda tak lengkap sunyi saja,mujurlah cucu datang kebilik bermain-main dengan tok bon sambil mengajak tok bon bermain game.Hari larut malam cucu(deq deq) pinjam i pad untuk dipinjam bawa kebiliknya.Kami pun tidur dengan keletihan.

Percutian di Bali (siri 2)

Hari kedua 8 hb Dec 2013.Pagi-pagi bangun solat subuh.Cuaca diluar cerah sekali.Apabila dibuka pintu hotel terbentang sawah padi.kelihatan orang sedang menanam padi.Sungguh cantik sekali pemandangan disini.Kami terus kewarung Sari untuk sarapan pagi.

Setelah sarapan kami dibawa oleh pemandu pelancung iaitu Cik Made ke rumah traditional orang Bali.Didepan rumah terdapat tulisan berapa penghuni disitu.Berapa pria dan wanita.Didalam kawasan itu terdapat ruang tamu ditengah-tengah sebagai ruang utama.Terdapat juga rumah suci dan rumah untuk disimpan abu nenek moyang mereka.Bagi mereka anak sulung dipanggil dgn panggilan wayan.kedua made,ketiga komang dan keempat dengan pangggilan ketuk.Macam kita disini anak sulung dgn panggilan along,kedua angah dan seterusnya hampir setengah jam kami disitu.

Kemudian kami dibawa kepasar Suka Wati.Berbagai jualan disitu tapi yang menariknya jualan lukisan.Berbagai jenis lukisan semuanya menarik rambang mata dibuatnya tak tahu nak pilih semuanya cantik.Hampir sejam kami disitu.kami telah dibawa makan tengah hari diKitamari Restoran .perjalanan kesitu mengambil masa satu jam setengah.Sepanjang perjalanan dilihat penduduk disitu masa mengekal keasliannya. Direstoran itu kami dihidang secara buffer.Cuaca disitu sejuk sebab diatas gunung ianya menawarkan panorama teres sawah padi bertingkat yang unik seperti tangga,sekali gus memberikan pemandangan yang mengasyikkan.Setelah sarapan kami dibawa ke kawasan lembah iaitu kawasan Gunung Agung iaitu lembah tanah gunung berapi lsememangnya subur.Jesteru pemandangan pemandangan sawah padi yang terbentang luas dapat disaksikan.Ianya pasti memukau sesiapa saja yang melihatnya. .Semasa dilembah itu asyik saja mengambil gambar.

Dari lembah Gunung Agung kami dibawa ke Bali Pudina disitu tempat proses kopi luwak.kami dibawa oleh pegawai disitu melihat musang yang memakan biji kopi dan najisnya diguna untuk membuat kopi.Dari penerangan pegawal itu musang makan kopi.najisnya dibasoh dan dijemur hingga kering dan digoring kemudian ditumbuk menjadi kopi luwak.Kami dijamu oleh pegawal itu.

Thursday, 12 December 2013

Percutian di Bali (siri l )

Percutian ke Bali pada 7/12/2013bersamaan hari Sabtu.Ke Bali bersama anak menantu,cucu-cucu.besan serta anak menantunya iaitu Baizura dan Onn.Pagi-pagi bangun dgn rasa kesyukuran kerana diizinkan Allah badan sihat boleh melacong melihat negara orang.Bertolak dari rumah menaiki teksi ke LCCT.Sampai disana lebih kurang pukul 8.30 pagi.Bersarapan pagi di Mc Donald dan terus check in.

Berlepas pada pukul 9 50 pagi.Sampai dilapangan terbang di Denpasar Ngurai International Airport.Proses untuk masuk agak susah juga terpaksa mengisi borang kemudian menuju ketempat bagasi untuk mengambil bag.Teksi sudah sedia menanti kami.Ia memperkenalkan namanya Komang.Kami terus dibawa ke Uluwatu Temple.Sepanjang perjalan dapati rumah mereka direka bagitu cantik masih kekal keaslianya.Sampai disana kami diberi kain warna kuning atau jingga untuk diikat dipingggang sebagai menghormati tempat suci mereka.Sepanjang berjalan diliring bagitu banyaknya monyet.kami dinasihati berwaspada kalau memakai cerminmata kerana monyet disitu amat meminatinya.Memandangkan disitu amat cantik.Kami semua berihat seketika kerana penat memanjat anak tangga.Setelah membeli tiket kami terus menuju ketempat kecak dance.Tempat duduknya bertingkat-tingkat.Persembahan ini bermula dgn diletaknya ubur-ubur api ditengah-tengah gelanggang.Pawangnya masuk dgn memeterakan tempat itu seterusnya persembahan ini dgn panduan suara daripada 70 orang pria tanpa mengunakan muzik.Tarian ini menceritakan tentang Seri Ramayana.Persembahan ini mengambil masa selama satu jam.Dari tempat duduk kita dapat lihat pemandangan bagaimana matahari terbenam.

Dari Uluwatu temple kami terus ke New Moon Cafe makan malam. .Sambil menikmati hidangan kami disajikan dgn persembahan kebudayaan.Dari situ kami terus dibawa keUbut check in hotel iaitu Tegal Sari hotel tempatnya amat cantik ditepi sawah.