Wednesday, 27 February 2019

Bicara dudukku







Duduk didalam sangkar
Di bawah tidak diatas pun tidak
Jiwa pula terasa kosong,sepi seketika
Melihat diluar masih segar dedaunnya


Bicara tentang duduk
Berehat dikerusi sambil menunggu lift
Kelihatan dipintu lift keatas kebawah
Aku masih menunggu bila pintu lift dibuka
Kelihatan ada yang keluar dan ada yang masok
Aku masih menunggu kerana penghuninya sudah penuh
Aku masih duduk ,menunggu
 
Bicara tentang duduk
Aku kemeja makan untuk sarapan
Menghirup secawan kopi,sepiring kuih


Bismillahirrahmanirrahim bila mulai duduk
terasa nyaman dan tenang bila bersarapan

Bicara tentang duduk
melihat pepohon menghijau
melihat langit  serta awan merindui angin.
Angin menyanyi dengan mengharapkan mentari.
Mentari menerangi danau yang menghijau
Aku masih duduk dalam kesepian.       
Kesepian tanpa insan disisi
Bicara tentang duduk.Menunggu untuk  pulang,melihat talipon memberitahu insan tercinta,aku kini ingin pulang ,rindu kian memuncak ingin melihat suasana rumah,
mungkin tidak rumah itu sepi,sunyi seperti tuannya.


Bicara tentang dudukku.Masih boleh menghulurkan senyuman dalam kesepian.
Mungkin kerana hati ini damai kerana sentiasa bersyukur dalam kesulitan.




#ketika di Bandung.