Wednesday, 28 November 2018

UMRAH OH UMRAH

PERSEDIAAN KE TANAH SUCI.

Suatu hari adik kesayanganku menyuarakan hasrat hatinya untuk melakukan umrah.Ia mempelawa wan family menyertainya.Apabila aku mengatakan kepada anak-anak hanya buah hati yang dapat menyertai kami,masalahnya ia belum berumah tangga jadi pak ciknya bermurah hati menjadi  mahramnya.

Bermulalah persiapan ku dari segi mental dan fizikal,walaupun aku pernah ke tanah suci tapi mungkin kali ini berbeza dari segi tenaga sebab dah berusia.Setiap pagi aku dan adikku pasti berjogging antara 3 sehingga 7 km ,tujuannya supaya kami bertenaga  tidak kepenatan bila mengerjakan tawaf dan saie.

Dari segi ilmu perlu dibekal ketika mengerjakan umrah.Kami menghadiri taklimat yang diadakan oleh travel agency. Diterangkan secara teori dan praktikal serta soal jawab semasa majlis taklimat tersebut.Disamping menghadiri majlis ilmu bersangkut paut mengenai umrah terutamanya doa -doa yang mustajab dibaca terutama diRaudhah,semasa tawaf serta saie.Membaca buku -buku  dijadikan rujukan supaya apabila mutawatir menerangkan kami mudah faham.

Dari segi emosi juga perlu dilatih,semasa disana terhimpun  pelbagai jenis manusia,pasti kerenah bermacam macam , terutamanya semasa tawaf atau semasa di Raudhah.

Majlis doa selamat juga diadakan dengan kehadiran ahli khariah Masjid Al Takwa serta budak -budak tahfiz dari Al-Rayyan , disertai ahli keluarga serta sahabat handai.

 Ahli khariah masjid menjamu selera diluar rumah
Majlis doa selamat diketuai oleh imam masjid TTDI serta anak anak tahfiz Al-Rayyan.


bergambar dengan anak -anak tahfiz.
kesempatan bergambar dengan ahli keluarga sendiri 'wan family'.
bergambar serta ramah mesra dengan keluarga adik ipar yang menyertai kami ke umrah.