Monday, 23 January 2017

Bedah buku:Musa v Firaun (siri ke 3)

Sambongan selepas berhenti rehat untuk majlis makan tengah hari serta solat zohor.

Ustaz memulakan dengan Musa  berangkat bermunajat kepada Allah s.w.t pada waktu yang ditetapkan dengan mengamanahkan Harun untuk menjaga kaumnya.Allah s.w.t mewahyukan kepada Musa supaya mendaki gunung dan menetap diatasnys selama 30 hari bagi menerima syariat secara sempurna.
Genap 30 hari berpuasa tanpa berbuka ,Musa berasa kurang senang dengan bau mulutnya. Akhirnya terpaksa ditambah 10 hari lagi hingga genap 40 hari.Musa memohon supaya dapat melihat zatnya.
Dalam surah Al-araf ayat 143"kamu sekaki-kali tidak dapat melihatku,tetapi lihatlah ke gunung itu,sekiranya ia tetap ditempatnya,necsaya kamu akan melihat Aku". Allah menampakkan zatnya itu melaluu cara yang Dia kehendaki.Tiba-tiba gunung itu hancur berkeping keping dan menjadi debu-debu halus,Musa jatuh pengsan satu hari satu malam.Ketika sedar baginda mengucap"Maha suci Allah s.w.t ..Musa bermohon kepada kepada Allah supaya menerima taubat serta penyesalannya kerana berani memohon sesuatu yang tak patut dimohon.
Surah Al-araf 144 -145 Taurat diturunkan kepada Nabi Musa.

Surah 20:84 Musa meraih keredha .
Surah 20:85Samiri adalah manusia didatangi untuk menguji Bani Israel.Samiri adalah 'Dajjal'bukan Dajjal ketika itu menyesatkan kaum.40 hari marah kerana Allah.Samiri mengambil kesempatan dengan mengatakan bahawa adalah dengan jejak tapak kaki kuda yang ditunggang oleh malaikat lalu dia mengambil tanah dan melemparkan kedalam cairan emas mendidih dan berbentuklah patung anak lembu betina.Musa memarahi Harun kerana tidak menjaga bani israel surah 20;90.
Episod akhir trajedi penyembahan patung anak lembu betina adalah Allah s.w.t memerintah Musa memilih 70 orang lelaki yang terbaik mahu melihat Allah.
Surah 7:155 Musa membawa mereka ke Gunung Tursina.Didalam perjalanan dinaungi awan diberi mann serta salwa.Burung kecil siap jadi daging serta madu menjadi mereka bertenaga.Mereka meminta untuk melihat Allah. Itu adalah mustahil serta berlakulah gonjangan gempa .Mati kesemuanya.Musa memohon kepada Allah menghidupkan mereka itu.Permintaannya dimakborkan oleh Allah merka dihidupkan semula dalam surah Al baqarah 56.
Ustaz menyambong kembali syarahannya setelah beberapa slik ditayangkan dengan menceritakan akan mukjizat 12 mata air.(surah al baqarah ayat 60)
Musa memukul tongkatnya pada batu gunung sebagaimana perintah Allah s.w.t.Secara tiba-tiba 12 mata air memancar untuk setiap satu kabilah orang-orang Israel.
Surah 33:69.wahai orang-orang beriman janganlah kamu seperti orang-orang yang menyakiti Musa.maka Allah membersihkan dari tuduhan-tuduhan yang mereka lontarkan.Dan dia seorang yang mempunyai kedudukkan terhormat disisi Allah.

Surah al maidah 5:25.Ya Tuhanku,aku hanya menyuasai diriku sendiri dan saudaraku.sebab itu pisahkan antara kami dengan orang yang fasik itu.
Adapun alasan tindakan dan sikap orang-orang israel yang enggan memenuhi seruan Allah sw.t untuk berperang dan memasoki negeri Kanaan satu perkara yang derhaka.lalu ditetap oleh Tuhan berkonta-konta dipadang gurun selama 40 tahun ,hidup tidak menentu dipadang gersang itu.Orang israil baru faham tapi tidak berguna kerana hukuman Allah sudah ditetapkan dalam surah Al Maidah 13.

Didalam surah Al qasas dilihat tentang perjalanan nabi musa.
Ustaz tidak dapat meneruskan perbentangan kerana hari sudah memasoki waktu asar.Dia menerangkan banyak doa didalam quran seperti surah20:25-27 ,Ketika Musa diutus Allah untuk menentang Firaun dan telah diberi izin untuk menghadapNya duBukit Tursina,Musa memohon agar dadanya dilapangkan,pekerjaannya dimudahkan,dan lidahnya fasihkan.Nabi Musa sangat menyadari kekurangannys dalam berbicaranDan juga memohon agar saudaranya ,Nabi Harun dijadikan teman pendampungannya kerana lebih fasih berbicara.untuk memfasihkan suara  serta lapang dada ayat dari surah tersebut digunakan.

Surah28:24 untuk memurahkan rezeki.Berdoalah

Untuk itu ustaz mengesyorkan agar terus membaca buku Musa v Firaun untuk mengetahui tentang Nabi Musa.Diakhirnya seminar ini dengan sesi soal jawab serta tayangan slik mengenai Firaun.

Kesimpulanya setelah dua hari menghadiri seminar ini ,banyak yang dapat dipelajari.Terima kasih kepada ustaz kerana penerangan yang bagitu padat serta tak menjemukan....