Thursday, 26 May 2016

NEW ZEALAND.

Satu malam ketika aku sedang berehat buah hati telah menyuarakan hasrat hatinya untuk membawa aku bersamanya ke New Zealand.Pada mulanya aku menolak dengan alasan menyusahkannya memandangkan aku ini sudah berusia.Buah hati telah mengajak sama adik kesayanganku untuk turut serta.Akhirnya aku bersetuju.Yeayy ke New Zealand kita.......

Aku mula membuat persiapan bersama dengan adik kesayanganku dengan membeli baju sejuk,snow cap,boot,sarong tangan serta stokin.
Pergi membeli barang-barang ini bersama buah hati ,dia bagitu arif dalam bab ini.

Hari yang ditunggu -tunggu telah tiba.Pagi-pagi
lagi van yang disewa telah datang mengambil kami menuju ke Klia 2.Van itu dengan disewa bayaran rm 190 termasok dengan bayaran tol.
Sesempai diKlia 2,kami bertemu dengan satu keluarga yang turut serta,semuanya 13 orang.Kami terus check in bagasi.Setelah check in masa masih ada,perut pun lapar kami semua ke kfc untuk mengalas perut.Sementara menunggu buah hati memesan makanan aku terus kesurau solat isya serta solat musafir.Setelah makan kami bergerak ke balai pelepasan,dimulai dengan pemeriksaan pasport kemudian diikuti denganpemeriksaan barang yang dibawa(hand luggage).Terus ke gate 10.

Satu lagi pemeriksaan diadakan sebelum menaiki pesawat.Ditanya oleh pihak berkuasa berapa lama kami berada disana.Didalam pesawat kerusi ku nombor 37F.Majoritinya menumpang berbangsa asing.Didalam pesawat aku mula lapar terus memesan nasi lemak melalui jualan langsung kerana aku serta rombongan tidak menempah menerusi on line.8 jam perjalanannya.Bermacam gelagat ada kanak-kanak menangis diikuti dengan ada warga emas yang asyik ke bilik air.Sesekali aku terlelap.

Kami tiba di Gold COast(transit)jam 8.15 pagi waktu Malaysia 10.15 waktu Australia.Semua penumpang yang hendak meneruskan perjalanan ke Auckland mesti melalui pemeriksaan kastam.Kami dimaklumkan oleh pramugari semua penumpang kena berserta hand luggage.Semasa pemerisaan kami ditanya sama ada membawa air minuman.Dari pemeriksaan pertama diikuti pula pemeriksaan ke dua iaitu imbasan kepada beg galas,jekat serta badan terus dibenarkan ke balai berlepas.Menaiki semula pesawat menuju ke Auckland.Ada gegaran sedikit semasa perjalanan ke Auckland.Lebih kurang pukul 9 pagi kami tiba diAuckland.