Beberapa bulan yang lalu adik ku mengajakku mengikut rombongan pejabatnya ke Melaka,pada mulanya aku menolak pelawaanya kerana ada urusan di Sungai Petani lagi pun aku pernah pergi ketempat bersejarah yang terdapat di Melaka,tapi bila dipujuk berkali-kali oleh adik ku maka aku pun bersetuju menyertai rombongannya.Aku ,suami dan permata hati bertolak dari Kuala Lumpur manakala adikku dan rombangannya dari Rompin.
Pagi-pagi lagi permata hati asyik memilih baju yang hendak dibawa. Akhirnya selepas suamiku solat jumaat kami pun berlepas ke Melaka.Keadaan yang bagitu bejerebu agak lambat kami sampai ke Klebang,menetap diBustel Klebang Melaka.Adikku sampai awal dari pada kami.Setelah sampai adikku memberi kunci bilikku.Amat seronok rasanya dapat merasai tidur didalam bas walaupun dikata orang sempit tapi bagi ku tu kan bas.
Setelah berehat seketika sementara menunggu solat maghrib sempat lagi kami mengambil gambar.
Selepas solat aku serta rombongan adik ku itu pergi depan bustel itu ada gerai makan tetapi masih lagi mereka menggunakan bas tempat memasak ,satu keunikkan.Ada yang ingin minum coconut shake,ada yang teringin makan chicken choplah. Sambil kami menikmati makanan kelihatan orang menaiki kereta kuda untuk bersiar-siar dipantai itu.
Setelah siap makan kami semua ke bandar Melaka untuk menikmati rasa menaiki bot melihat keindahan
di River Cruice. Bayaran bagi dewasa rm15.60.Kami berator menunggu bot sampai dan sempat mengambil gambar.Sepanjang sejam didalam bot itu kami diberi penerangan mengenai sungai Melaka itu membuat kami tidak merasa bosan.Permata hati dan suami ku tak ikut serta menaiki bot itu kerana permata hati mabok,mereka terus ke Jonker Walk.
Dari River Cruise kami berjalan ke Jonker walk.Semasa kami menuju ke Jonker Walk kelihatan beca-beca yang dihias cantik serta bermacam- macam lagu diputarkan menarik pelancong untuk menaikinya.
Sampai saja di Jonker Walk kelihatan tempat itu bagitu ramainya.Kami melalui celah-celah orang untuk membeli cenderahati,dapatlah adikku membeli terompah dan frighe magnet berupa baju kebaya nyonya. Agak lama juga kami berlegar-legar disitu.Akhirnya permata hati mengadu dia sudah kepenatan.Kami pun pulangan ke Klebang dengan senang hati.Kami tidur diBustel dengan bagitu nyenyak sekali.