Monday, 12 October 2015

Melaka oh Melaka menggamit lagi.....

Beberapa bulan yang lalu adik ku mengajakku mengikut rombongan pejabatnya ke Melaka,pada mulanya aku menolak pelawaanya kerana ada urusan di Sungai Petani lagi pun aku pernah pergi ketempat bersejarah yang terdapat di Melaka,tapi bila dipujuk berkali-kali oleh adik ku maka aku pun bersetuju menyertai rombongannya.Aku ,suami dan permata hati bertolak dari Kuala Lumpur manakala adikku dan rombangannya dari Rompin.

Pagi-pagi lagi permata hati asyik memilih baju yang hendak dibawa. Akhirnya selepas suamiku solat jumaat kami pun berlepas ke Melaka.Keadaan yang bagitu bejerebu agak lambat kami sampai ke Klebang,menetap diBustel Klebang Melaka.Adikku sampai awal dari pada kami.Setelah sampai adikku memberi kunci bilikku.Amat seronok rasanya dapat merasai tidur didalam bas walaupun dikata orang sempit tapi bagi ku tu kan bas.
Setelah berehat seketika sementara menunggu solat maghrib sempat lagi kami mengambil gambar.

Selepas solat aku serta rombongan adik ku itu pergi depan bustel itu ada gerai makan tetapi masih lagi mereka menggunakan bas tempat memasak ,satu keunikkan.Ada yang ingin minum coconut shake,ada yang teringin makan chicken choplah. Sambil kami menikmati makanan kelihatan orang menaiki kereta kuda untuk bersiar-siar dipantai itu.

Setelah siap makan kami semua ke bandar Melaka untuk menikmati rasa menaiki bot melihat  keindahan
di River Cruice. Bayaran bagi dewasa rm15.60.Kami berator menunggu bot sampai dan sempat mengambil gambar.Sepanjang  sejam didalam bot itu kami diberi penerangan mengenai sungai Melaka itu membuat kami tidak merasa bosan.Permata hati dan suami ku tak ikut serta menaiki bot itu kerana permata hati mabok,mereka terus ke Jonker Walk.

Dari River Cruise kami berjalan ke Jonker walk.Semasa kami menuju ke Jonker Walk kelihatan beca-beca yang dihias cantik serta bermacam- macam lagu diputarkan menarik pelancong untuk menaikinya.

Sampai saja di Jonker Walk kelihatan tempat itu bagitu ramainya.Kami melalui celah-celah orang untuk membeli cenderahati,dapatlah adikku membeli terompah dan frighe magnet berupa baju kebaya nyonya. Agak lama juga kami berlegar-legar disitu.Akhirnya permata hati mengadu dia sudah kepenatan.Kami pun pulangan ke Klebang dengan senang hati.Kami tidur diBustel dengan bagitu nyenyak sekali.

Friday, 21 August 2015

Setahun umur cucuku Rafa Maaketh.

Hari ini genablah setahun umur cucuku Rafa Makeeth.Selamat menyambut hari lahir.Kalau diimbas setahun yang lalu mummy mu ketika ini mengharongi kesakitan yang tak dapat dibayangkan.Kamu lahir dengan penuh debaran.Ahli keluarga menunggu akan kehadirmu kedunia ini. Alhamdulilah kamu selamat dilahirkan.

Kelahiranmu diiringi dengan tangisan tapi kami'wan family' menanti kehadiranmu dengan kegembiraan.

Bila mak tok masuk ke labour room, kelihatan kamu bagitu kecil,jari jemari halus,mulutmu yang kecil, comel sekali.Terkedu aku seketika ini kebesaran Tuhan,lahirnya umat yang yang akan menjadi penghuni dibumi ini.Bersyukur teramat sangat kerana kamu dilahirkan didalam keturunan kami.

Ketika ini kamu masih kecil tak tahu apa-apa,hanya yang kamu tahu menangis bila kamu lapar atau tak selesa.

Kamu kini menjadi menyeri didalam rumah keluargamu.Tangis mu,sakit mu semuanya tetap menghiburkan.

Hari demi hari kamu melalui pasa pembesaran.Alhamdulilah kamu tergolong dikalangan yang tak banyak masaalah.Kesihatanmu setiasa terkawal.

Rafa,Rafa bila nama ini disebut kamu mula menoleh.Kini. kamu tahu nama mu Rafa.Itulah nama yang daddy serta mummymu panggil setiap masa.

Tarikh keramat ini setiap tahun pasti diingati,kesyukuran dipanjatkan agar Rafa sentiasa didalam rahmat Allah serta sentiasa dilindonginya.

Selamat menyambut hari lahir Rafa Makeeth.

Wednesday, 11 February 2015

JODOH.

Jodoh itu bagitu enak didengar. Jodoh  adalah rahsia Allah Swt.Setiap manusia yang terlahir kedunia,pasti memiliki jodohnya masing-masing.Ada yang bagitu mudahnya menemukan jodoh idamannya,namun  ada juga yang kesulitan untuk menemukannya. Alam percintaan bagitu indah sekali dilalui ,walaupun kadangkala ada juga rintangannya,namun kerana dek magnet cinta bagitu kuat segala kesulitan dapat diatasi.Sayang menyayang bagitu indah sekali. Menikmati alam percintaan adalah suatu alam yang amat unit. Ianya berakhir dengan ikatan perkahwinan iaitu jodoh.

Bagitu juga dengan permata hati ibu kini sudah ketemu jodohnya. Jejaka ini telah dapat menambat hati anak ibu.permata hati ingin mencari kekurangan.Ahh! sedikit saja,orang lain lagi banyak kekurangannya. Itulah kata hatinya,mungkin kerana kasihnya kian menebal.Bila dilihat dari segi ugama,pemuda ini tak tinggal solatnya itulah luahan permata hati.Orang yang mengintai Allah pasti ia juga belajar dan menghormati sesama insan.Macam macam yang permata hati luahkan tapi kalau sudah jodoh walau lari sekali pun ia pasti mengejar. Itulah jodoh.

Jodoh itu datang tanpa diundang. Kekadang insan takut bercinta,takut jiwanya akan menemui kegagalan dalam bercinta,tapi itu bukan kehendak kita,itu sudah ditentukan di luth mahfuz lagi jodoh setiap insan didunia ini.Anak ibu takut dipermainkan didalam menempohi alam percintaan.Jangan takut anak ibu itu adalah ujian daripada Allah terhadap hambanya.Didalam alam percintaan juga Allah uji bermacam macam.Adakah anak ibu seorang penyabar bila diuji?.Sabar didalam mengenal hati budi pasangan, kejujuran dan menghormati pasangan.Apabila segala rintangan dan halangan anak ibu hadapi akhirnya kata putus anak ibu luahkan bahawa bersetuju jejaka itu menjadi pasangan hidupmu. Alhamdulilah syukur akhirnya insan itu menjadi pasangan hidup anak ibu.Akhirnya anak ibu ketemu jodoh.

Jodoh itu pasti datang,
Datangnya tanpa diundang,
Cahaya kasih menyinari diwajah,
Hidup insan datang menerjah,
Cinta,kasih sayang terpancar diwajah.

Jodoh,jodoh,oh jodoh,
Dipanjatkan syukur pada ilahi,
Insan ini hadir kedalam hati,
Hidup ini kini lengkap sekali,
Ada insan menyayangi.
Itulah jodoh namanya.

            

Meniti hari bahagia.

Tahun lepas permata hati ibu telah disunting .Majlis pertunangan diadakan disurau berhampiran dengan rumah.Ini kerana hendak mengambil berkat surau.Majlis bagitu meriah sekali dihadiri oleh sanak saudara dari kedua pihak. Tata rias tempat pelamin dan hantaran telah aku serahkan kepada menantu ku untuk membuatnya kerana dia pakar dalam  bidang ini.Sirih junjung dengan senang hati besan ku membuatnya.Kami  dari pihak perempuan telah memilih tema pakaian warna merah jambu.Kesemuanya kelihatan anggun bagi perempuan manakalanya lelaki bagitu segak dengan mengenakan baju melayu bersamping.Kami dari pihak perempuan membalas lima,manakala pihak lelaki menghantar  tiga dulang.

Majlis ini diadakan waktu pagi kira kira bermulanya majlis tukar menukar barang hantaran.Bagi pihak perempuan ianya diwakil oleh pak ciknya.Manakala disebelah pihak lelaki ,bapanya sendiri yang menjadi tukang cakap.

Majlis bertukar sedih seketika apabila pak ciknya menitis airmata apabila mengatakan anak saudaranya telah  disunting.Ini kerana padanya permata hati ini adalah anak yang manja kesayangannya pula rupanya telah besar dan sampai masanya ianya berumah tangga.Majlis disambung semula dengan bertukar dan membalas pantun semasa meletakkan belanja.Bagi pehak perempuan kami terima seadanya berapa pihak lelaki nak bagi.Kata sepakat telah temeteri akhirnya .Diiringi dengan bertukar hantaran, doa menutup acara serah menyerah. 

Tirai dibuka dimana kelihatan permata hati bagi angun sekali menanti jarinya disarong cincin.Ibu kepada pihak lelaki menyarong cincin kejari manis anak ibu.Kini anak ibu hatinya telah dimiliki.Sesi bergambar mengambil tempat. Bermacam gaya mereka beraksi dengam permata hati.Didalam hati ibu berdoa kalau ini jodoh anak ku yang Allah telah  tetapkan kau sempurnakanlah dengan selamat hingga diijab kabul.

Jamuan dihidangan dengan cara masakan kampong ala Negeri Sembilan.Jemputan pulang diiringi dengan cenderahati.

Alhamdulilah majlis selamat disempurnakan dengan bersyukur pada Sang Pencipta.