Friday, 19 September 2014

Bila ibu tua.

Bila ibu tua.
Garis-garis mula terukir dimuka
Badan yang dulunya cergas kini mulai tak bermaya.
Kerja yang dulunya pantas kini mula perlahan.

Bila ibu tua
Dulu ibu tempatmu bermanja tapi kini jauh jaraknya.
Suara anak-anak ibu sopan dan berbahasa tapi kini bila berbicara kurang enak didengarinya.

Bila ibu tua.
Bila bergurau senda ada saja lawaknya.
Tapi kini bila melawak mereka buat muka selamba.

Bila ibu tua.
Bila ada masaalah keluarga ibu tempat rojokannya.
Tapi kini ibu pula bahan ketawa
Ah!ibu ni pstlah.
Bila ditanya apa tu pst
Jawab kamu semua persyarah serba tahu.
Lebih memilukan disokong pula oleh ayahmu.
Haaa pst kata ayahmu sambil senyum sinis.
Ibu tahu ibu hanya bersekolah biasa
Ayah dan kamu semua belajar hingga kemenara gading.
Ibu suka membaca jadi sedikit sebanyak tahu juga hal dunia.
Anak ibu berfacebook,ibu juga berfacebook.jadi ibu rasa gelak katakan ibu. Ibu terima senang hati.

Bila ibu tua.
Mula sakit disana sini.
Bila diminta teman kehospital.
Jawabnya sibok pelah sendiri
Muka masam mencuka.
Bila dipaksa cakap ikut suka
Duit banyak habis.,baik tak juga.
Hati makin sayu dan sedih
Anak mula berkata bila nak baik ni,
Kerja rumah sapa nak buat ni.

Bila ibu tua.
Ayahmu dulu baik orangnya.
Suka berbicara tapi kini bila diajak berbicara  kurang dengar katanya.
Tapi bila bersama teman -temannya wah! hebat sekali orangnya.
Mungkin malu bertemankan ibu
Mungkin ingin tambah cawangan agaknya.
Buatlah ketika masih sihat kerana tak merasa apa itu sakit.

Bila ibu tua.
Bila menyuara rindukan cucu
Tak payah ziarahi mereka ketika ini
Mereka makan angin keluar negeri.
Jangan diganggu mereka
Biar mereka hidup berdikari.

Bila ibu tua
Kasih sayang jauhkan diri.
Suami dan anak-anak buat tak peduli.
Biarlah mereka yang penting diri sendiri.
Biar orang tak peduli yang penting jaga hati sendiri.

Bila ibu tua.
Biar orang tak sayangkan kita asalkan jangan Sang Pencipta tak menyayangi kita.

Bila ibu tua.
Bila ditanya kemana ibu selepas ini?
Kerumah orang tualah tempatnya nanti.