Hari ini 11hb Dec iaitu hari Ahad hari ke 4 kami berada di Bali.Pagi-pagi lagi selepas solat subuh saya dan suami berjalan-jalan dipinggir sawah padi kelihatan ada yang menabor bunga di tengah-tengah bendang dan kelihatan seorang pawang membawa semangkok bara kemiyan diasap dibendang itu.kepercayaan merka untuk menyuburkan tempat itu.Bersarapan pagi masih lagi diwarong Tegal sari.Sarapan pagi disini sedap.Sambil bersarapan cucu-cucu saya bergambar disana sini sebelum kami berangkat pulang.Kami keluar dari hotel itu lebih kurang pukul 9 pagi.Sebelum berangkat Cik Made memberi kami cenderahati dan sesi bergambar.
Sepanjang perjalan ke lapangan terbang saya dapati begitu banyak nuscery pokok sepertinya di Sungai Buluh kalau di Kuala Lumpur ,Kelihatan budak-budak baru balik dari sekolah dengan ditangannya terdapat penyapu lidi.Bila ditanya kepada Cik Made katanya itulah tradisi disini murid kqena cuci kelas mereka masing-masing sebelum pulang.Kami melalui juga jambatan yang panjang seperi jambatan Pulau Pinang tapi jambatan ini lagi canggih.Sampai di Airport kami pun menurunkan barang-barang dan bersalam dengan Cik Made untuk menyucapkan selamat tinggal.Kami terus check in.Sambil menunggu kami sempat bergambar.Sebelum pulang cucu saya berkata Hai Bali nanti kami datang lagi.Kami sampai di LCCT pada pukul 7ptg Kami semua pulang kerumah dengan senang hati.Satu percutian yang menyeronokkan.