Thursday, 7 November 2013
Muharram(siri3)
Amalan di bulan Muharram.
1)Mandi sunat,mandi dengan niat mandi Asyura(mudah-mudahan selamat dan sihat dalam setahun itu).
2)Bercelak mata (mudah-mudahan tak sakit mata pada tahun itu.)
3)Mengerjakan solat sunat Muharram.Abu Bakar bin Muhammad syatha Ad-Dimyati dalam kitabnya I'anatuth Thalibin menyatakan,bahawa barangsiapa yang mengerjakan solat sunat pada hari sepuluh Muharram nescaya akan diampuni Allah segala dosanya dalam jangka 50tahun.Sembahyang
4 rakaat(dua salam) dibaca pada tiap rakaat akan Fatihah dan Qulhu 11 kali(niscaya diampuni Allah akan dosanya dan dibangun baginya Mimbar dari nur di Syurga.
4)Puasa sunat Muharram.Sepuluh Muharram adalah merupakan hari yang sangat bersejarah didalam islam.Memandangkan sangat mulianya hari tersebut,makaRasulullah saw menganjurkan supaya kita mengerjakan ibadat puasa.Pernah ditanya oleh sahabat,apa faedahnya puasa Asyura itu.Nabi bersabda"Yukaffiri ''ssanata'Imaadhhiah"."Mengkaratkan (menghapuskan) dosa-dosa yang berlalu".
5)Menyapukan/menyantuni anak yatim(diberi Allah kebaikan sebanyak rambut dikepalanya).
6)Bersedekah kepada fakir miskin(seolah-olah ia tidak pernah menolak permintaan orang yang
meminta selama hidupnya.
7)Meluaskan/melapangkan perbelanjaan rumah tangga(semoga Allah memberikan kelapangan
rezekinya dalam masa setahun)sabda Nabi"Barangsiapa melapangkan belanja rumahtangganya(keluarga) pada hari Asyura,Allah melapangkan baginya(rezekinya)) pada tahun itu.
Semoga Allah melapangkan hati kita dapat melakukan amalan ini pada bulan ini.Amin.
Tuesday, 5 November 2013
Muharram(siri2)
Doa-doa yang mujarab.Sayyidi Muhamad Ghauthullah telah menyebut didalam kitabnya yang bernama
Jauhan.Sesiapa yang membaca pada hari Asyura 70kali zikir ini."Hasbunaa illahu wa ni ma'lwa
kil.ni ma lmaulaa wa ni ma nNasiir.Ertinya"Cukuplah kepada Allah kami berserah,ialah sebaik
-baik tempat berserah,sebaik-baik memimpin dan sebaik-baik penolong.Kemudian membaca doa ini sebanyak tujuh kali. Maha suci Allah sepenuh-penuh timbangan dan sebanyak-banyak ridhanya dan seberat timbangan Arasynya.Tiada tempat berlindung dan berlepas diri,melainkan kepadanya.Maha suci Allah sebanyak bilangan yang genap dan ganjil dan sebanyak bilangan kalimah Allah yang sempurna,Aku memohon kepadaMu(yaAllah) keselamatan dengan rahmatMu ya Tuhan yang Maha Penyayang dan tiada daya dan upaya dan kekuatan,melainkan dengan Allah yang maha tinggi,lagi maha Agung.Dialah cukup bagiku dan Dialah sebaik-baik tempat berserah.Dialah sebaik Pemimpin dan sebaik-baik penolong.Semoga kesejahteraan atas junjungan kami Muhammad dan atas keluarga dan sahabatnya sekelian,dan segala puja dan puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.
Sunday, 3 November 2013
Muharam(siri1)
Pengertian Muharram:Muharam ertinya "yang diharamkan" atau "yang dipantangkan".Dinamakan Muharram kerana pada bulan ini dilarang berperang atau menumpahkan darah.Larangan ini berlangsung terus sampai pada masa permulaan Islam.
Penetapan satu Muharram sebagai tahun baru Hijrah.Penghijrahan Nabi Muhammad dari Mekah ke
Madinah pada tahun 622 Masihi.Menilai bahawa peristiwa hijrah Rasullah adalah merupakan peritiwa sangat penting untuk dijadikan hitungan permulaan tahun dalam Islam.Usulan khalifah Umar bin Khattab diterma oleh para sahabat.maka ditetapkan satu Muharram sebagai permulaan tahun baru dalam Islam atau disebut dengan permulaan tahun Hijrah.Membaca doa(doa akhir tahun)pada akhir waktu asar.sebelum masuk waktu maghrib pada akhir bulan zulhijjah.Erti doa
akhir tahun"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang,segala puji bagi Allah seru sekelian alam,selawat dan salam kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan
dan sahabatnya sekelian.Ya Allah Apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau larang kami daripadanya,maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak
meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut kepada kami walaupun Engkau berkuasa menyeksa kami,malah Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat kepada Engkau,maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau,maka ampunilah
kami dan apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhanya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala keatasnya,maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan yang
Mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami dari kurnia Engkau wahai Tuhan yang Mulia.Doa awal tahun .hendaklah dibaca setelah menempurnakan fardu maghrib pada malam satu Muharram.Erti doa awal tahun:
Dengan nama Allah yang Maha penyayang segala puji bagi Allah Penguasa sekalian alam selawat dan salam kepada junjungan Nabi dan Rasul iaitu penghulu kami Nabi Muhammad saw kepada
keluarganya dan para sahabat sekalian.Ya Allah!Engkaulah yang kekal,qadim lagi azali dan diatas kelebihan Engkau yang besar dan kemurahan Engkau yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami,kami memohon dan cucurilah rahmat kepada penghulu kami Nabi Muhammad dan kepada keluarganya dan pada para sahabatnya dan salam dengan kemurahan Maha Suci Engkau Tuhan yang tinggi dan mulia daripada sesuatu yang disifatkan,dan kesejahteraan kepada sekalian Rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.Semoga dengan keizinan Allah swt kita dapat melakukannya pada hari ini. amin
Subscribe to:
Posts (Atom)